Friday, December 26, 2008

Jus Pati Kurma



Mohd Ashriee Abdul Razak(019-4725067)
www.alivingmydream.com/ashriee/

Saturday, December 13, 2008

Spirulina bekalkan nutrien untuk kecergasan


Spirulina merupakan makanan tambahan yang dicadangkan pengambilannya kerana komponen khasiat yang tinggi.

Spirulina mengandungi lebih daripada 60 peratus protein dan kaya dengan beta karotena, vitamin B, mineral, asid gama linolenik (GLA), enzim, pigmen (klorofil, fikosianin dan xantofil) serta mikronutrien yang diperlukan untuk pembaikan sel tubuh.

Spirulina organik sesuai untuk sebarang diet kerana ia senang dihadam, rendah kalori, rendah lemak dan mengandungi pelbagai nutrien penting juga bermanfaat untuk detoksifikasi.

Ia juga meningkatkan stamina dan daya ketahanan tubuh dan mengelakkan keletihan. Kepelbagaian nutrien yang terkandung dalam spirulina memberi kelebihan berbanding dengan sesetengah suplemen lain yang mengandungi vitamin tertentu sahaja.

Selain itu, pengambilan nutrien anti radikal bebas seperti beta karotena, vitamin C, E dan mineral zink dan selenium penting untuk melindungi daripada penyakit degeneratif.

www.alivingmydream.com/ashriee/

Monday, November 24, 2008

Testimoni Penyakit Gout

Diambil daripada Puan Rosnani Blog

Lagi testimoni penyakit...

"Re: PENYAKIT GOUT Posted by: "Mohd Basir Ahmad" mbasira@yahoo. com (Mon Nov 17, 2008 2:03 am (PST)). Masa bulan puasa beberapa tahun lepas, saya bedal sorang2 dua ketul besar gearbox. Esoknya sendi ibujari kaki bengkak tahap meraung. Letak cadar pun sakit. Di sini saya kasi beberapa info pasal gout.

Gout - keadaan diakibatkan oleh metabolisma uric acid (monosodium urate) yg tak normal, samada badan hasilkan terlalu byk uric acid, atau (selalunya) badan ada problem mengkumuhkan uric acid. Bila ada overload UA ni dalam badan, maka badan akan crystalize Uric acid ni. Kesakitan dirasai bila kristal2 (bentuk kristal ni tajam2) ni didepositkan di sendi (dlm synovial lining/fluid) . Bengkak bertambah bila sel darah putih melitupi kristal2 ni dan keluarkan bahan kimia yg akibatkan bengkak sebagai satu defence strategy.

Sebab - Uric Acid ni dihasilkan bila tisu badan mati semasa proses penggantian sel. 90% kes adalah di mana pesakit tak dapat kumuhkan UA ke air kencing.Akibat - sakit di sendi esp ibujari (sakit! kalah sakit bersunat zaman dulu), batu karang, deposit UA kat kulit atau tisu lain, kidney tersumbat..Ubat - mula2 ambik pain relievers macam tylenol etc utk kurangkan sakit, then ambik antiinflmmatory agents macam NSAIDS, atau small dose Colchicine masa sakit utk kurangkan bengkak + minum air banyak2. Lepas sakit barulah ambik Allupurinol utk kurangkan uric acid dalam darah.

Pencegahan:- hanya makan makanan yg low-cholesterol, low-fat- turunkan berat badan secara perlahan2- ELAKKAN makanan yang HIGH-PURINE spt internal organ dan daging (red-meat), SUKKK (sotong/ udang/ketam/ kerang/kacang) . Sardine juga high-purine (cuba telan setin sadin then tengok apa jadi pagi esok), juga nasi goreng USD (Udang/Sotong/ Daging).- minum banyak air- susu-rendah lemak dan yoghurt boleh kurangkan frekuensi gout (sekarang saya mengamalkan susu IgG Plus, saya beli dari rosra72@yahoo. com, 012-3203184)

Tuesday, November 18, 2008

Sufi Dan Susu IgG

Testimoni Produk IgG Plus diambil daripada blog Dinsmart; http://dinsmart.bravejournal.com/

Disini hendak saya catatkan pengalaman anak saya yang berusia 6 bulan..Muhammad Sufi Rahmani.

Sejak didalam perut lagi anak saya telah mendapat bekalan dan bantuan dari susu IgG ini.

Catatan :

1. Semasa isteri saya mengandungkan Sufi, doktor jumpa fibroid semasa kandungan 6 bulan dan juga mengalami masalah uri ke bawah(plasenta previa). Saya beri wife minum Susu IgG, lepas sebulan fibroid pun hilang.

2. Semasa di hospital 45 hari ( stanby sebab masalah uri bawah) saya beri wife minum susu IgG dan ambil Celrenew. alhamdulillah wife dan Sufi sihat sepanjang tempoh ini.

3. Pada 15 May 2008 Sufi selamat dilahirkan melalui pembedahan. Alhamdulillah anak aku sihat.

4. Baru-baru ni Sufi kena serangan Numenia(radang paru-paru). 6 hari dihospital. Selama 4 hari dihospital kesihatan Sufi tiada perubahan.Kesian aku tengok banyak sangat wire kat badan dia (kabel oksigen, air dan jantung).Disebabkan tiada perubahan dengan ubat hospital, aku beri Sufi Susu IgG 5ml pada hari ke 4. ALHAMDULIlLLAH malam tu anak aku dapat tidur lena dan esoknya dah mula cergas.Aku teruskan beri 5ml susu IgG pada hari ke lima dan esoknya anak aku dibenarkan keluar hospital sebab dah sihat.

Inilah nikmat anugerah Allah kepada kita, secanggih manapun ilmu sains perubatan manusia, ilmu Allah lebih mengatasi segalanya walaupun hanya sekadar SUSU!! ALLAH lebih tahu akan keperluan hambanya. Subhanallah!

"Kalau dah tahu sesuatu yang baik, mengapa tak cuba?"

Boleh hubungi;
Mohd Ashriee Abdul Razak (019-4725067)
www.alivingmydream.com/ashriee/

Sunday, November 9, 2008

Risiko Dari Usia Muda


Artikal diambil daripada Mingguan Malaysia bertarikh 9 November 2008

BAYANGKAN bagaimana hidup kita jika hilang deria penglihatan, menggunakan kerusi roda akibat strok atau gangren kaki (kaki dipotong), dan berisiko tinggi mengalami serangan jantung sedangkan belum lagi mencecah umur 40 tahun.

Itulah apa yang menanti pesakit diabetes mellitus yang tidak atau gagal mengawal penyakitnya, sama ada kerana tidak mengubah gaya hidup, tidak mahu mengambil ubat atau mengambil ubat tradisional sesuka hati. Keadaan diburukkan lagi jika di kalangan mereka ini telah lama menghidap diabetes, sejak dari usia muda lagi.

Diabetes mellitus merupakan satu sindrom masalah metabolisma yang menyebabkan tahap gula di dalam darah yang tinggi (hiperglisemia) sama ada akibat masalah penghasilan (diabetes jenis pertama) atau fungsi (sensitiviti) insulin (diabetes jenis kedua atau diabetes gestasi).

Semua bentuk diabetes kini boleh dirawat sejak insulin berjaya dihasilkan secara komersial pada 1921 tetapi belum ada penawar yang dapat menyembuhkan pesakit sepenuhnya. Masalah paras gula tinggi di dalam darah kini dirawat melalui kombinasi ubat, kawalan pemakanan dan juga dos suntikan insulin.

Kardiovaskular

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pula menganggarkan 171 juta penduduk dunia menghidap diabetes pada tahun 2000, dan jumlah ini dijangka meningkat lebih dua kali ganda menjelang 2030, dengan jumlah terbesar dijangka datang dari benua Asia dan Afrika.
Pakar Kardiologi dan Pengarah Klinikal Perkhidmatan Kecemasan Jantung, Institut Jantung Negara (IJN), Datuk Dr. Azhari Rosman turut menekankan bagaimana peratusan pesakit diabetes di Malaysia telah meningkat mendadak dari 6.3 peratus pada 1980-an dan sekitar lapan peratus pada 1996 kepada 14.9 peratus pada 2006.

“Diabetes sudah lama wujud dan ramai di antara pesakit IJN sendiri menghidapinya. Diabetes merupakan antara faktor risiko kuat untuk pesakit menghidap penyakit koronari kelak.

“Perubahan pada salur darah pesakit juga boleh dikesan seawal 15 tahun sebelum disahkan menghidap diabetes. Ini jauh lebih awal dari apa yang dijangkakan sebelum ini,” katanya.

Menurut beliau, antara masalah utama yang dihadapi di kalangan pesakit diabetes kini adalah keperluan mengambil bermacam jenis ubat setiap hari (untuk diabetes) sedang mereka turut menghidap penyakit lain yang juga memerlukan pengambilan ubat.

Dr. Azhari menegaskan jika sesuatu penyakit melibatkan pembuluh darah, ia akan menyebabkan kerosakan menyeluruh kepada seluruh badan.

“Salur darah terdapat di seluruh badan terutamanya di jantung dan otak yang boleh membawa kepada serangan jantung dan juga strok (bekalan darah ke otak tergendala), dan kalau lebih malang, kedua-duanya sekali.

“Pembedahan atau rawatan angioplasti juga rumit atau mungkin tidak boleh dilakukan jika pembuluh darah rosak teruk atau menjadi sempit akibat diabetes,” ujarnya.

Jelas beliau, memandangkan kerosakan sudah lama berlaku (seawal 15 tahun awal), gejala tertentu mungkin timbul sebelum pesakit dikesan menghidap diabetes.

Tambahnya, mati pucuk menjadi contoh gejala awal diabetes (atau masalah jantung) akibat kerosakan salur darah halus (mirovaskular) di dalam zakar.

Oleh itu, amatlah ditekankan pentingnya usaha pencegahan diabetes, terutamanya pada usia muda, melalui penjagaan gaya hidup sihat atau rawatan tertentu untuk mengelakkan diabetes di samping pemeriksaan kesihatan bagi mengenalpasti mereka yang berisiko menghidap tinggi.
Dr. Azhari turut mendedahkan purata umur serangan jantung di Malaysia kini ialah 57 tahun berbanding 66 tahun di Barat.

“Pesakit serangan jantung paling muda yang pernah dirawat di negara ini berumur hanya 19 tahun.

“Bukannya semua pesakit jantung menghidap diabetes tetapi digalakkan pesakit untuk mengetahui bahawa risiko diabetes boleh membawa kepada komplikasi buah pinggang, mata dan juga serangan jantung,” jelasnya.

Tambahnya, pesakit diabetes yang pernah menjalani pembedahan pintasan jantung juga menghadapi risiko salur darah kembali tersumbat dengan lebih pantas.

Di IJN, kebanyakan kes diabetes melibatkan jenis kedua di mana insulin tidak dihasilkan dengan cukup di dalam badan.

Dr. Azhari menjelaskan, untuk jenis kedua ini, ubat-ubat pil diberikan dahulu bagi mengurangkan tahap gula darah dan juga bebanan keperluan insulin badan.

“Jika gagal dikawal juga, pesakit mungkin perlu mengambil suntikan insulin untuk mengawal paras gula darah.

“Bagi kes teruk, doktor mungkin terus menggunakan suntikan insulin, atau mengikut pandangan doktor bergantung kepada usia dan keperluan individu pesakit,” jelasnya.

Menurut beliau, pesakit juga perlu mengurangkan berat badan, sekurang-kurangnya 10 peratus berat badan asal, atau lebih baik jika mencapai indeks jisim badan (BMI) yang sihat dan mengamalkan gaya hidup sihat.

Mengelakkan komplikasi

Dalam usaha mengawal komplikasi diabetes, terutamanya masalah kardiovaskular, Dr. Azhari memaklumkan kejayaan IJN membentuk klinik diabetes sendiri untuk membantu memberi nasihat dan penerangan kepada pesakit.

“Dikendalikan bersama jururawat dan paramedik terlatih yang bergabung dengan doktor pakar diabetes, ahli farmasi dan pakar pemakanan, klinik ini dapat membantu pesakit dalam penjagaan komplikasi dan suntikan insulin.

“Pengurusan masalah diabetes di klinik ini juga membantu meringankan beban klinik lain di samping memberi ruang untuk pesakit bertanya sebarang keraguan yang tidak sempat dijawab doktor,” ujarnya.

Dr. Azhari menegaskan kawalan diet pemakanan merupakan antara perkara utama dalam mengubah gaya hidup pesakit diabetes tetapi masih diabaikan sesetengah pesakit.

“Selalunya, ramai yang mengambil snek (manis) di antara hidangan utama. Kawalan juga bukan hanya mengelakkan makanan bergula. Karbohidrat adalah antara bentuk gula dan buah tertentu seperti durian juga mengandungi banyak gula,” jelasnya.

Pengambilan buah memang digalakkan untuk kesihatan, tetapi Dr. Azhari menasihatkan pesakit diabetes untuk mengutamakan buah-buahan kurang manis seperti jambu batu atau buah naga.

Dr. Azhari menekankan pentingnya bagi pesakit yang disahkan menghidap diabetes untuk mengawal rapi penyakit tersebut supaya tidak membawa kepada komplikasi lain.

“Pesakit perlu mengawal rapi paras gula darah, tekanan darah dan juga tahap kolesterol melalui pengambilan ubat (atau insulin) dan juga perubahan gaya hidup.

“Bila sudah kena diabetes, pesakit akan hadapi risiko penyakit koronari yang sama tinggi dengan individu yang pernah (sekali) terkena serangan jantung,” tegasnya.

Dr. Azhari menekankan keperluan pesakit diabetes hadir untuk pemeriksaan susulan secara berkala, mengambil ubat mengikut preskripsi doktor dan kerap memeriksa tahap gula darah.

“Ada pesakit yang sudah bertahun-tahun menjalani rawatan dan pemeriksaan susulan tetapi masih tidak tahu atau kurang faham apa penyakit yang dihidapi, mahupun ubat yang sedang diambil. Pemeriksaan darah sepatutnya dimulakan seawal umur 30 tahun dan ditingkatkan menjelang umur 40 tahun,” katanya.

Sunday, October 26, 2008

Kepentingan Kalsium Pada Wanita

Artikal ini diambil daripada ruangan kesihatan Mingguan Malaysia bertarikh 25 Oktober 2008.

HASIL penemuan penyelidikan bersama Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Otago, New Zealand menunjukkan kebanyakan wanita di Malaysia mendapat kurang daripada 50 peratus jumlah kalsium yang disarankan untuk kesihatan tulang.

Pengambilan kalsium yang rendah merupakan antara faktor risiko utama yang menyumbang kepada berlakunya penyakit osteoporosis yang bermaksud ‘tulang poros’.

Sempena sambutan Hari Osteoporosis Sedunia pada 20 Oktober lalu, wanita Malaysia diingatkan untuk menjaga kesihatan tulang mereka bagi menghindari osteoporosis.

Pakar Runding Ortopedik dan Pakar Bedah Trauma, Dr. Chin Chee Howe memaklumkan bahawa sumber yang tinggi kalsium datang dari produk tenusu seperti susu segar, keju dan yogurt. Bagaimanapun, produk tenusu terbabit jarang menjadi antara diet ruji penduduk negara ini.

“Osteoporosis adalah sejenis penyakit yang ‘senyap’ dan serius. Kebanyakan wanita hanya mengetahui mereka menghidapinya selepas mengalami retak atau patah tulang.

“Kesihatan tulang manusia merosot secara berperingkat dan beransur-ansur dari umur 30-an. Namun, ianya belum terlambat untuk mula menjaga kesihatan tulang anda,” katanya.

Boleh dicegah

Osteoporosis bukannya sejenis penyakit yang boleh disembuhkan tetapi ia dapat dicegah. Retak atau patah tulang pinggul merupakan antara yang paling biasa berlaku di kalangan penghidap osteoporosis.

Ia hampir pasti akan membawa kepada kemasukan wad dan juga boleh membawa maut dalam satu daripada setiap lima (20 peratus) kes patah tulang pinggul.

Antara 30 hingga 50 peratus lagi (yang patah tulang pinggul) berkemungkinan besar mengalami kecacatan kekal yang akan mengganggu pergerakan harian mereka kelak.

Walaupun banyak berlaku di kalangan wanita, tidak bermakna lelaki terlindung daripada osteoporosis. Namun, lelaki mempunyai kelebihan yang memberi lebih perlindungan daripada penyakit tersebut di mana kebanyakan lelaki menjalani cara hidup aktif dan secara semula jadi mempunyai jisim tulang yang lebih tinggi berbanding wanita.

Kesan osteoporosis di Asia dijangka meningkat dengan perangkaan lebih 50 peratus kejadian retak atau patah tulang pinggul dunia akan berlaku di rantau ini menjelang 2050.

Oleh itu, penduduk Asia, terutamanya wanita, disaran mendapatkan keperluan kalsium harian secukupnya (antara 800 hingga 1,000 miligram) di samping nutrien penting lain seperti protein, zink, magnesium dan vitamin D yang diperlukan untuk mengekalkan tulang yang kuat dan sihat.

Segelas susu berkalsium tinggi mengandungi 500 miligram (mg) kalsium dan dua gelas susu tersebut cukup untuk membekalkan jumlah kalsium yang disarankan setiap hari.

Susus IgG Plus dapat membantu anda dan menepati keperluan yang dikehendaki.




Mohd Ashriee Abdul Razak (019-4725067)
www.alivingmydream.com/ashriee/

Saturday, October 25, 2008

1..33 Juta Rakyat Malaysia Diabetes

Kementerian Kesihatan menyatakan bagi setiap 100 rakyat Malaysia dalam umur antara 25 hingga 64 tahun, 11 daripadanya adalah pengidap diabetes. Sejumlah 1.33 juta penduduk Malaysia dalam lingkungan umur berkenaan sudah mengidap penyakit berbahaya itu. Berdasarkan statistik yang dimasukkan ke hosptal kerajaan dari 2001 hingga 2006, peningkatan sebanyak 27 peratus.Angka ini adalah hanya pesakit diabetes yang dimasukkan ke hospital kerajaan saja bagi tujuan rawatan. Belum lagi hospital swasta dan pesakit yang tidak datang untuk rawatan.
Gejala ini terjadi disebabkan permakanan yang tidak seimbang bermula daripada peringkat kanak-kanak makanan dan minuman ringan dan dewasa permakanan yang tidak terkawal, pecemaran udara melalui penafasan, tekanan ataupun stress dirumah dan ditempat kerja dan kurangnya bersenam.
Diabetes mestilah dielakkan sebab kesannya akan merebak kepada permasalahan buah pinggan,kekaburan mata dan serangan kepada organ yang lain disebabkan permasalahan pergerakan darah untuk mengantar nutrien ke seluruh anggota badan kita.
IgG Plus terdiri daripada beberapa jenis faktor imum salah satunya adalah Insulin like growth factor -IgF 1&2. Ia berfungsi untuk menurunkan kandungan gula di dalam darah, menurunkan kadar kolestrol,membakar lemak, anti penuaan, meningkatkan hormon, membaiki dan meningkatkan sistem RNA/DNA.
Ok, jumpa lagi.
Mohd Ashriee Abdul Razak (019-4725067)


Wednesday, October 8, 2008

Testimoni: Petua Untuk Mencantikkan Kulit

Perkongsian daripada Kak Mala yang diambil daripada Smart Success Team Forum: http://smartsuccessteam.com/bincang/viewtopic.php?f=9&t=6

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.Betul tu Pak Ashriee. Testimoni yang ada pada saya ialah seorang pengguna yang mengamalkan pengambilan IgG Plus kerana dua tujuan. Pertama untuk kecantikan kulit dan tujuan yang lain ialah membantu penyuburan kehamilan beliau.Pengguna ini juga memang rajin mencari info di internet. Jadi beliau berpuas hati dengan info-info yang beliau cari, bukan setakat info dari Malaysia tetapi juga info yang didapati dari negara luar tentang kehebatan Kolostrum.Di peringkat permulaan, beliau mengambil 3 sachet setiap kali minum - pagi, tengahari dan malam. Syukur alhamdulillah, tiada 'healing process' yang beliau hadapi semasa pengambilan produk ini. Namun kini beliau hanya minum sekali atau dua kali sehari iaitu dengan mengambil 1 atau 2 sachet untuk sekali minum bagi tujuan maintenance tubuh badan. Kulit beliau yang agak kering bila berada dalam ruang yang ber'aircond' kini lebih lembab, lembut dan semakin cerah. Setiap kali bertemu, beliau akan menunjukkan lengan beliau kepada saya, "tengok ni, kulit I semakin gebu dan dah tak kering".Untuk tujuan yang kedua, beliau telah puas berusaha untuk hamil - mana saja yang beliau dengar ada Dokrot pakar yang hebat, beliau akan pergi berjumpa untuk mendapatkan nasihat dan pandangan. Sampai satu waktu, beliau ke Amerika Syarikat untuk mencuba satu teknik dan juga ke Tanah Suci untuk terus berdoa. Secara kebetulan, sambil minum untuk kecantikan kulit beliau, saya juga memberitahu IgG Plus dapat membantu penyuburan kehamilan seseorang wanita. Oleh kerana itu, beliau terus minum dan dengan izin Allah SWT, beliau hamil. Kini anak lelaki beliau yang comel telah berusia 9 bulan. Baby ini juga diberi minum satu sudu kecil setiap hari.Disamping IgG Plus, pelanggan saya ini juga meminum Bio-Young Plus untuk kecantikan kulit.

Saturday, October 4, 2008

Serat: Petua Untuk Menjaga Sistem Penghadaman

Assalamualaikum wbt dan Selamat Sejahtera,

Ramadhan telah pun meninggal kita dan sekarang ini kita di bulan Syawal menyambut Hari Raya Aidil Fitri. Semasa di bulan Ramadhan kita dapat melakukan penyucian dari segi rohaniah dan penyucian dari segi fizikal untuk memastikan tubuh badan kita sentiasa sihat walafiat. Pengamalan ini juga perlulah berterusan di masa-masa akan datang walaupun Ramadhan telah pun meninggalkan kita.
Semasa kita meraikan Aidil Fitri sudah tentu perbagai bentuk kuih muih, lauk paut, rendang ayam daging,ketupat, lemang dan perbagai bentuk makanan kita makan. Tetapi hendaklah kita beringat supaya apa yang kita makan adalah makanan berkhasiat membantu penjagaan tubuh badan kita daripada dijakiti penyakit ataupun makanan yang kita makan akan menyebabkan tubuh badan kita mendekati kepada penyakit yang popular diseluruh dunia seperti sakit jantung, diabetis ataupun kecing manis dan darah tinggi. Begitu juga sakit yang lain seperti gout, buasir dan sebagainya. Di kesempatan ini saya ingin berkongsi kepentingan makanan berbentuk serat salah satu amalan yang perlu kita titik beratkan dalam menjaga kesihatan tubuh badan.
Serat kaya dengan vitamin dan mineral tersendiri disamping dapat menyahtoksinkan badan dan membuatkan kita merasa lebih ceria dan bertenaga. Serat ini juga dapat melancarkan dan membersihkan sistem penghadaman dan perkumuhan. Dan membantu mengurangkan kalori dan lemak dikalangan yang mempunyai berat badan yang berlebihan.
Pembuangan toksik adalah penting sebabnya, bahan toksik akan menghalang fungsi normal dan pemulihan sel. Contohnya, plumbum menghalang proses enzim, jadi badan tidak dapat berfungsi dengan baik dan membaiki dirinya. Plumbum ini akan menyebabkan penuaan pra-matang dan menyebabkan penyakit. Pembuangan bahan toksik membolehkan badan berfungsi dengan optimum. Bahan toksik boleh datang dari makanan harian yang kita makan, udara yang kita bernafas tercemar, minuman, stress dan gaya hidup yang kurang baik.
Jika toksik yang berada di dalam badan kita berterusan tidak dibuang akan mencepatkan pernuaan, makanan berkhasiat yang kita makan ataupun minum tidak dapat menyerap sepenuhnya dan lebih teruk lagi akan menyebabkan kanser usus yang merupakan salah satu kanser pembunuh yang popular di Malaysia.
Serat juga membantu kepada pengidap penyakit kronik ia dapat mengurangkan paras gula darah baik untuk yang mempunyai penyakit kecing manis ataupun diabetes. Serat juga dapat membantu mengurangkan kadar kolesterol untuk penyakit kardiovaskular dan mengurangkan risiko daripada kanser. Disamping pengambilan serat pengamilan kuatiti nutrient yang seimbang juga perlu membantu supaya badan kita sentiasa sihat.
Serat terbahagi kepada 2 jenis samada larut dalam air ataupun tidak larut dalam air. Serat larut dalam air akan larut dalam darah dan mengurangkan kadar gula dalam darah. Contohnya serat ini adalah peria dan kubis. Serat tidak larut dalam air berfungsi sebagai melancarkan system penghadaman dalam usus. Semua jenis bijiran adalah mengandungi serat.
Green Factor adalah salah makanan organic yang mempunyai 51 jenis bahan-bahan serat seperti kekacang, benih tumbuh-tumbuhan dan enzim buah-buahan. Ia membantu menggelakkan sembelit, keletihan, sakit kepala, tekanan darah tinggi, tinggi kolesterol, buasir, nafas berbau masalah penghadaman dan kegemukan.


Makanan organik yang mempunyai 51 jenis serat

Mohd Ashriee Abdul Razak (019-4725067)

www.alivingmydream.com/ashriee/

www.ashriee.bravejournal.com

Wednesday, September 24, 2008

IgG Plus Salah Satu Pemakanan Minda

Assamualaikum wbt dan Selamat Sejahtera,
Di bawah saya ambil daripada Blog Puan Rosnani http://rosra72.bravejournal.com/ testimoni anak beliau sendiri pengamalan produk Susu IgG Plus:

"Alhamdulillah aku sekeluarga sentiasa sihat dan masing2 berpuasa dengan bersemangat..terutama si abang Asyraf 7 tahun. Kalau di tahun2 sebelumnya liat nak berpuasa..memang tak pernah puasa pun, tapi alhamdulillah tahun ini dia dengan sendiri ingin berpuasa..lega aku tapi dengan syarat makan-minum semuanya bersuap..sabar jelah.. Kakak, Balqis no problem..anak perempuan yang hebat. Aku kira semua nie gara2 lecture aku yang berbuih-buih pasal kebaikan dan khasiat susu igG Plus dan spirulina di bulan puasa dan dalam kehidupan seharian mereka sebagai kanak2 yang sedang membesar..penting tu PEMAKANAN MINDA...



Anak-anakku (Kakak, adik & Abang)..puasa nie 2 sachet igG Plus seorang, buka puasa & sahur..alhamdulillah kecergasan sepanjang hari..


Tengok si kecil, Arash..pantang tengok komputer dia je yang menang..abang tengah geram tu..walaupun baru setahun jagung..alhamdulilah berkat doa ibubapa dan tok nenek Arash sentiasa cergas..senanglah hatiku kalau keluar buat promosi..tak lupa berkat kehebatan susu igG Plus (sehari sekurang2nya 1/2 sachet untuk dia).. tak lupa tulah officeku di rumah yang tak sebarapa..
Semalam Noraini dari Cyberjaya ingin mendaftar sebagai ahli Smart Naco dan sekaligus menjadi ahli Smart Success Team. Ingin mencuba igG Plus buat ibunya yang menghidapi darah tinggi dan bapanya mengalami kencing manis. InsyaAllah berkat kehebatan dan luarbiasa khasiat Naco IgG Plus dan kekuasaan Allah..kesihatan keduaibubapa Noraini akan berkurangan dan pulih..Kita perlu berikhtiar dan apa yang penting produk NACO IgG Plus ini adalah semulajadi tanpa bahan pengawet, dsbnya."

Aku dan family juga mengamal minum Susu IgG Plus setiap hari sebagai makanan tambahan utk kecergasan dan sebagai antibodi kepada tubuh badan supaya sentiasa sihat walafiat. Salah satu petua untuk sihat yang perlu kita amalkan disamping kita bersenam.
Jumpa lagi supaya anda sihat sentiasa.

Mohd Ashriee Abdul Razak (019-4725067)
www.alivingmydream.com/ashriee/

Saturday, September 20, 2008

Semua Orang Nak Sihat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Sudah menjadi adat sesama manusia apabila kita bertemu kita akan bertanya, apa khabar?. Sudah tentu ada kita menjawab khabar baik ataupun kurang baik dan sebagainya. Khabar baik bukan semata-mata dari segi kesihatan sahaja tetapi dari semua segi samada baik keluarga, wang ringgit, dalaman, fikiran dan sebagainya. Begitu juga lah disebaliknya.

Tetapi di dalam kita mengejar kemewahan ataupun mencari rezeki untuk hidup, sihat tubuh badan adalah perkara pokok yang perlu kita titik beratkan. Jika kita ada banyak mana wang ringgit ataupun harta benda tetapi tubuh badan kita tidak sihat, sudah tentu kehidupan kita tak ada maknanya. Sebab itu kita sanggup mengeluarkan belanja yang banyak ataupun sanggup berhutang untuk mengubati dan mengembali balik tubuh badan kita supaya sihat semula.

Tetapi ramai yang lupa semasa mereka sihat, jika kita menyentuh, berbincang, berkongsi pengalaman tentang betapa pentingnya kita manusia perlu menjaga kesihatan perbagai alasan diberi antaranya tiada masa untuk bersenam, tak cukup duit untuk membeli produk-produk yang menjuruskan kepada kebaikan dan pencegahan permasalahan kesihatan, mahal la produk ini dan sebagainya. Itu adalah alasan-alasan yang diberi hasil pengalaman saya semasa melibatkan diri dalam industri ini iaitu industri pemakanan kesihatan.

Kesimpulannya saya harap sayangi tubuh badan kita yang banyak memberi khidmat kepada kita untuk kita terus hidup. Apa maksud sayangi tubuh badan kita itu !!!! itu adalah kita bertanggungjawab untuk menjaga kesihatan diri kita dengan selalu bersenam dan permakanan hendaklah kita kawal dan lebih makanan tambahan adalah salah satu produk alternatif untuk kita mengawal kesihatan kita supaya sentiasa sihat.

Sekian untuk kali ini, kita jumpa dimasa yang akan datang Insyaallah...

Mohd Ashriee Abdul Razak (019-4725067)

http://www.alivingmydream.com/ashriee/

Salah Satu Produk Kesihatan yang Bersesuaian Untuk Menjaga Kesihatan