Sudah menjadi adat sesama manusia apabila kita bertemu kita akan bertanya, apa khabar?. Sudah tentu ada kita menjawab khabar baik ataupun kurang baik dan sebagainya. Khabar baik bukan semata-mata dari segi kesihatan sahaja tetapi dari semua segi samada baik keluarga, wang ringgit, dalaman, fikiran dan sebagainya. Begitu juga lah disebaliknya.
Tetapi di dalam kita mengejar kemewahan ataupun mencari rezeki untuk hidup, sihat tubuh badan adalah perkara pokok yang perlu kita titik beratkan. Jika kita ada banyak mana wang ringgit ataupun harta benda tetapi tubuh badan kita tidak sihat, sudah tentu kehidupan kita tak ada maknanya. Sebab itu kita sanggup mengeluarkan belanja yang banyak ataupun sanggup berhutang untuk mengubati dan mengembali balik tubuh badan kita supaya sihat semula.
Tetapi ramai yang lupa semasa mereka sihat, jika kita menyentuh, berbincang, berkongsi pengalaman tentang betapa pentingnya kita manusia perlu menjaga kesihatan perbagai alasan diberi antaranya tiada masa untuk bersenam, tak cukup duit untuk membeli produk-produk yang menjuruskan kepada kebaikan dan pencegahan permasalahan kesihatan, mahal la produk ini dan sebagainya. Itu adalah alasan-alasan yang diberi hasil pengalaman saya semasa melibatkan diri dalam industri ini iaitu industri pemakanan kesihatan.
Kesimpulannya saya harap sayangi tubuh badan kita yang banyak memberi khidmat kepada kita untuk kita terus hidup. Apa maksud sayangi tubuh badan kita itu !!!! itu adalah kita bertanggungjawab untuk menjaga kesihatan diri kita dengan selalu bersenam dan permakanan hendaklah kita kawal dan lebih makanan tambahan adalah salah satu produk alternatif untuk kita mengawal kesihatan kita supaya sentiasa sihat.
Sekian untuk kali ini, kita jumpa dimasa yang akan datang Insyaallah...
Mohd Ashriee Abdul Razak (019-4725067)
http://www.alivingmydream.com/ashriee/
Salah Satu Produk Kesihatan yang Bersesuaian Untuk Menjaga Kesihatan
No comments:
Post a Comment