Ramadhan telah pun meninggal kita dan sekarang ini kita di bulan Syawal menyambut Hari Raya Aidil Fitri. Semasa di bulan Ramadhan kita dapat melakukan penyucian dari segi rohaniah dan penyucian dari segi fizikal untuk memastikan tubuh badan kita sentiasa sihat walafiat. Pengamalan ini juga perlulah berterusan di masa-masa akan datang walaupun Ramadhan telah pun meninggalkan kita.
Semasa kita meraikan Aidil Fitri sudah tentu perbagai bentuk kuih muih, lauk paut, rendang ayam daging,ketupat, lemang dan perbagai bentuk makanan kita makan. Tetapi hendaklah kita beringat supaya apa yang kita makan adalah makanan berkhasiat membantu penjagaan tubuh badan kita daripada dijakiti penyakit ataupun makanan yang kita makan akan menyebabkan tubuh badan kita mendekati kepada penyakit yang popular diseluruh dunia seperti sakit jantung, diabetis ataupun kecing manis dan darah tinggi. Begitu juga sakit yang lain seperti gout, buasir dan sebagainya. Di kesempatan ini saya ingin berkongsi kepentingan makanan berbentuk serat salah satu amalan yang perlu kita titik beratkan dalam menjaga kesihatan tubuh badan.
Serat kaya dengan vitamin dan mineral tersendiri disamping dapat menyahtoksinkan badan dan membuatkan kita merasa lebih ceria dan bertenaga. Serat ini juga dapat melancarkan dan membersihkan sistem penghadaman dan perkumuhan. Dan membantu mengurangkan kalori dan lemak dikalangan yang mempunyai berat badan yang berlebihan.
Pembuangan toksik adalah penting sebabnya, bahan toksik akan menghalang fungsi normal dan pemulihan sel. Contohnya, plumbum menghalang proses enzim, jadi badan tidak dapat berfungsi dengan baik dan membaiki dirinya. Plumbum ini akan menyebabkan penuaan pra-matang dan menyebabkan penyakit. Pembuangan bahan toksik membolehkan badan berfungsi dengan optimum. Bahan toksik boleh datang dari makanan harian yang kita makan, udara yang kita bernafas tercemar, minuman, stress dan gaya hidup yang kurang baik.
Jika toksik yang berada di dalam badan kita berterusan tidak dibuang akan mencepatkan pernuaan, makanan berkhasiat yang kita makan ataupun minum tidak dapat menyerap sepenuhnya dan lebih teruk lagi akan menyebabkan kanser usus yang merupakan salah satu kanser pembunuh yang popular di Malaysia.
Serat juga membantu kepada pengidap penyakit kronik ia dapat mengurangkan paras gula darah baik untuk yang mempunyai penyakit kecing manis ataupun diabetes. Serat juga dapat membantu mengurangkan kadar kolesterol untuk penyakit kardiovaskular dan mengurangkan risiko daripada kanser. Disamping pengambilan serat pengamilan kuatiti nutrient yang seimbang juga perlu membantu supaya badan kita sentiasa sihat.
Serat terbahagi kepada 2 jenis samada larut dalam air ataupun tidak larut dalam air. Serat larut dalam air akan larut dalam darah dan mengurangkan kadar gula dalam darah. Contohnya serat ini adalah peria dan kubis. Serat tidak larut dalam air berfungsi sebagai melancarkan system penghadaman dalam usus. Semua jenis bijiran adalah mengandungi serat.
Green Factor adalah salah makanan organic yang mempunyai 51 jenis bahan-bahan serat seperti kekacang, benih tumbuh-tumbuhan dan enzim buah-buahan. Ia membantu menggelakkan sembelit, keletihan, sakit kepala, tekanan darah tinggi, tinggi kolesterol, buasir, nafas berbau masalah penghadaman dan kegemukan.
Makanan organik yang mempunyai 51 jenis serat
Mohd Ashriee Abdul Razak (019-4725067)
No comments:
Post a Comment