Diambil daripada Puan Rosnani Blog
Lagi testimoni penyakit...
"Re: PENYAKIT GOUT Posted by: "Mohd Basir Ahmad" mbasira@yahoo. com (Mon Nov 17, 2008 2:03 am (PST)). Masa bulan puasa beberapa tahun lepas, saya bedal sorang2 dua ketul besar gearbox. Esoknya sendi ibujari kaki bengkak tahap meraung. Letak cadar pun sakit. Di sini saya kasi beberapa info pasal gout.
Gout - keadaan diakibatkan oleh metabolisma uric acid (monosodium urate) yg tak normal, samada badan hasilkan terlalu byk uric acid, atau (selalunya) badan ada problem mengkumuhkan uric acid. Bila ada overload UA ni dalam badan, maka badan akan crystalize Uric acid ni. Kesakitan dirasai bila kristal2 (bentuk kristal ni tajam2) ni didepositkan di sendi (dlm synovial lining/fluid) . Bengkak bertambah bila sel darah putih melitupi kristal2 ni dan keluarkan bahan kimia yg akibatkan bengkak sebagai satu defence strategy.
Sebab - Uric Acid ni dihasilkan bila tisu badan mati semasa proses penggantian sel. 90% kes adalah di mana pesakit tak dapat kumuhkan UA ke air kencing.Akibat - sakit di sendi esp ibujari (sakit! kalah sakit bersunat zaman dulu), batu karang, deposit UA kat kulit atau tisu lain, kidney tersumbat..Ubat - mula2 ambik pain relievers macam tylenol etc utk kurangkan sakit, then ambik antiinflmmatory agents macam NSAIDS, atau small dose Colchicine masa sakit utk kurangkan bengkak + minum air banyak2. Lepas sakit barulah ambik Allupurinol utk kurangkan uric acid dalam darah.
Pencegahan:- hanya makan makanan yg low-cholesterol, low-fat- turunkan berat badan secara perlahan2- ELAKKAN makanan yang HIGH-PURINE spt internal organ dan daging (red-meat), SUKKK (sotong/ udang/ketam/ kerang/kacang) . Sardine juga high-purine (cuba telan setin sadin then tengok apa jadi pagi esok), juga nasi goreng USD (Udang/Sotong/ Daging).- minum banyak air- susu-rendah lemak dan yoghurt boleh kurangkan frekuensi gout (sekarang saya mengamalkan susu IgG Plus, saya beli dari rosra72@yahoo. com, 012-3203184)
Monday, November 24, 2008
Tuesday, November 18, 2008
Sufi Dan Susu IgG
Testimoni Produk IgG Plus diambil daripada blog Dinsmart; http://dinsmart.bravejournal.com/
Disini hendak saya catatkan pengalaman anak saya yang berusia 6 bulan..Muhammad Sufi Rahmani.
Sejak didalam perut lagi anak saya telah mendapat bekalan dan bantuan dari susu IgG ini.
Catatan :
1. Semasa isteri saya mengandungkan Sufi, doktor jumpa fibroid semasa kandungan 6 bulan dan juga mengalami masalah uri ke bawah(plasenta previa). Saya beri wife minum Susu IgG, lepas sebulan fibroid pun hilang.
2. Semasa di hospital 45 hari ( stanby sebab masalah uri bawah) saya beri wife minum susu IgG dan ambil Celrenew. alhamdulillah wife dan Sufi sihat sepanjang tempoh ini.
3. Pada 15 May 2008 Sufi selamat dilahirkan melalui pembedahan. Alhamdulillah anak aku sihat.
4. Baru-baru ni Sufi kena serangan Numenia(radang paru-paru). 6 hari dihospital. Selama 4 hari dihospital kesihatan Sufi tiada perubahan.Kesian aku tengok banyak sangat wire kat badan dia (kabel oksigen, air dan jantung).Disebabkan tiada perubahan dengan ubat hospital, aku beri Sufi Susu IgG 5ml pada hari ke 4. ALHAMDULIlLLAH malam tu anak aku dapat tidur lena dan esoknya dah mula cergas.Aku teruskan beri 5ml susu IgG pada hari ke lima dan esoknya anak aku dibenarkan keluar hospital sebab dah sihat.
Inilah nikmat anugerah Allah kepada kita, secanggih manapun ilmu sains perubatan manusia, ilmu Allah lebih mengatasi segalanya walaupun hanya sekadar SUSU!! ALLAH lebih tahu akan keperluan hambanya. Subhanallah!
"Kalau dah tahu sesuatu yang baik, mengapa tak cuba?"
Boleh hubungi;
Mohd Ashriee Abdul Razak (019-4725067)
www.alivingmydream.com/ashriee/
Disini hendak saya catatkan pengalaman anak saya yang berusia 6 bulan..Muhammad Sufi Rahmani.
Sejak didalam perut lagi anak saya telah mendapat bekalan dan bantuan dari susu IgG ini.
Catatan :
1. Semasa isteri saya mengandungkan Sufi, doktor jumpa fibroid semasa kandungan 6 bulan dan juga mengalami masalah uri ke bawah(plasenta previa). Saya beri wife minum Susu IgG, lepas sebulan fibroid pun hilang.
2. Semasa di hospital 45 hari ( stanby sebab masalah uri bawah) saya beri wife minum susu IgG dan ambil Celrenew. alhamdulillah wife dan Sufi sihat sepanjang tempoh ini.
3. Pada 15 May 2008 Sufi selamat dilahirkan melalui pembedahan. Alhamdulillah anak aku sihat.
4. Baru-baru ni Sufi kena serangan Numenia(radang paru-paru). 6 hari dihospital. Selama 4 hari dihospital kesihatan Sufi tiada perubahan.Kesian aku tengok banyak sangat wire kat badan dia (kabel oksigen, air dan jantung).Disebabkan tiada perubahan dengan ubat hospital, aku beri Sufi Susu IgG 5ml pada hari ke 4. ALHAMDULIlLLAH malam tu anak aku dapat tidur lena dan esoknya dah mula cergas.Aku teruskan beri 5ml susu IgG pada hari ke lima dan esoknya anak aku dibenarkan keluar hospital sebab dah sihat.
Inilah nikmat anugerah Allah kepada kita, secanggih manapun ilmu sains perubatan manusia, ilmu Allah lebih mengatasi segalanya walaupun hanya sekadar SUSU!! ALLAH lebih tahu akan keperluan hambanya. Subhanallah!
"Kalau dah tahu sesuatu yang baik, mengapa tak cuba?"
Boleh hubungi;
Mohd Ashriee Abdul Razak (019-4725067)
www.alivingmydream.com/ashriee/
Sunday, November 9, 2008
Risiko Dari Usia Muda
Artikal diambil daripada Mingguan Malaysia bertarikh 9 November 2008
BAYANGKAN bagaimana hidup kita jika hilang deria penglihatan, menggunakan kerusi roda akibat strok atau gangren kaki (kaki dipotong), dan berisiko tinggi mengalami serangan jantung sedangkan belum lagi mencecah umur 40 tahun.
Itulah apa yang menanti pesakit diabetes mellitus yang tidak atau gagal mengawal penyakitnya, sama ada kerana tidak mengubah gaya hidup, tidak mahu mengambil ubat atau mengambil ubat tradisional sesuka hati. Keadaan diburukkan lagi jika di kalangan mereka ini telah lama menghidap diabetes, sejak dari usia muda lagi.
Diabetes mellitus merupakan satu sindrom masalah metabolisma yang menyebabkan tahap gula di dalam darah yang tinggi (hiperglisemia) sama ada akibat masalah penghasilan (diabetes jenis pertama) atau fungsi (sensitiviti) insulin (diabetes jenis kedua atau diabetes gestasi).
Semua bentuk diabetes kini boleh dirawat sejak insulin berjaya dihasilkan secara komersial pada 1921 tetapi belum ada penawar yang dapat menyembuhkan pesakit sepenuhnya. Masalah paras gula tinggi di dalam darah kini dirawat melalui kombinasi ubat, kawalan pemakanan dan juga dos suntikan insulin.
Kardiovaskular
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pula menganggarkan 171 juta penduduk dunia menghidap diabetes pada tahun 2000, dan jumlah ini dijangka meningkat lebih dua kali ganda menjelang 2030, dengan jumlah terbesar dijangka datang dari benua Asia dan Afrika.
Pakar Kardiologi dan Pengarah Klinikal Perkhidmatan Kecemasan Jantung, Institut Jantung Negara (IJN), Datuk Dr. Azhari Rosman turut menekankan bagaimana peratusan pesakit diabetes di Malaysia telah meningkat mendadak dari 6.3 peratus pada 1980-an dan sekitar lapan peratus pada 1996 kepada 14.9 peratus pada 2006.
“Diabetes sudah lama wujud dan ramai di antara pesakit IJN sendiri menghidapinya. Diabetes merupakan antara faktor risiko kuat untuk pesakit menghidap penyakit koronari kelak.
“Perubahan pada salur darah pesakit juga boleh dikesan seawal 15 tahun sebelum disahkan menghidap diabetes. Ini jauh lebih awal dari apa yang dijangkakan sebelum ini,” katanya.
Menurut beliau, antara masalah utama yang dihadapi di kalangan pesakit diabetes kini adalah keperluan mengambil bermacam jenis ubat setiap hari (untuk diabetes) sedang mereka turut menghidap penyakit lain yang juga memerlukan pengambilan ubat.
Dr. Azhari menegaskan jika sesuatu penyakit melibatkan pembuluh darah, ia akan menyebabkan kerosakan menyeluruh kepada seluruh badan.
“Salur darah terdapat di seluruh badan terutamanya di jantung dan otak yang boleh membawa kepada serangan jantung dan juga strok (bekalan darah ke otak tergendala), dan kalau lebih malang, kedua-duanya sekali.
“Pembedahan atau rawatan angioplasti juga rumit atau mungkin tidak boleh dilakukan jika pembuluh darah rosak teruk atau menjadi sempit akibat diabetes,” ujarnya.
Jelas beliau, memandangkan kerosakan sudah lama berlaku (seawal 15 tahun awal), gejala tertentu mungkin timbul sebelum pesakit dikesan menghidap diabetes.
Tambahnya, mati pucuk menjadi contoh gejala awal diabetes (atau masalah jantung) akibat kerosakan salur darah halus (mirovaskular) di dalam zakar.
Oleh itu, amatlah ditekankan pentingnya usaha pencegahan diabetes, terutamanya pada usia muda, melalui penjagaan gaya hidup sihat atau rawatan tertentu untuk mengelakkan diabetes di samping pemeriksaan kesihatan bagi mengenalpasti mereka yang berisiko menghidap tinggi.
Dr. Azhari turut mendedahkan purata umur serangan jantung di Malaysia kini ialah 57 tahun berbanding 66 tahun di Barat.
“Pesakit serangan jantung paling muda yang pernah dirawat di negara ini berumur hanya 19 tahun.
“Bukannya semua pesakit jantung menghidap diabetes tetapi digalakkan pesakit untuk mengetahui bahawa risiko diabetes boleh membawa kepada komplikasi buah pinggang, mata dan juga serangan jantung,” jelasnya.
Tambahnya, pesakit diabetes yang pernah menjalani pembedahan pintasan jantung juga menghadapi risiko salur darah kembali tersumbat dengan lebih pantas.
Di IJN, kebanyakan kes diabetes melibatkan jenis kedua di mana insulin tidak dihasilkan dengan cukup di dalam badan.
Dr. Azhari menjelaskan, untuk jenis kedua ini, ubat-ubat pil diberikan dahulu bagi mengurangkan tahap gula darah dan juga bebanan keperluan insulin badan.
“Jika gagal dikawal juga, pesakit mungkin perlu mengambil suntikan insulin untuk mengawal paras gula darah.
“Bagi kes teruk, doktor mungkin terus menggunakan suntikan insulin, atau mengikut pandangan doktor bergantung kepada usia dan keperluan individu pesakit,” jelasnya.
Menurut beliau, pesakit juga perlu mengurangkan berat badan, sekurang-kurangnya 10 peratus berat badan asal, atau lebih baik jika mencapai indeks jisim badan (BMI) yang sihat dan mengamalkan gaya hidup sihat.
Mengelakkan komplikasi
Dalam usaha mengawal komplikasi diabetes, terutamanya masalah kardiovaskular, Dr. Azhari memaklumkan kejayaan IJN membentuk klinik diabetes sendiri untuk membantu memberi nasihat dan penerangan kepada pesakit.
“Dikendalikan bersama jururawat dan paramedik terlatih yang bergabung dengan doktor pakar diabetes, ahli farmasi dan pakar pemakanan, klinik ini dapat membantu pesakit dalam penjagaan komplikasi dan suntikan insulin.
“Pengurusan masalah diabetes di klinik ini juga membantu meringankan beban klinik lain di samping memberi ruang untuk pesakit bertanya sebarang keraguan yang tidak sempat dijawab doktor,” ujarnya.
Dr. Azhari menegaskan kawalan diet pemakanan merupakan antara perkara utama dalam mengubah gaya hidup pesakit diabetes tetapi masih diabaikan sesetengah pesakit.
“Selalunya, ramai yang mengambil snek (manis) di antara hidangan utama. Kawalan juga bukan hanya mengelakkan makanan bergula. Karbohidrat adalah antara bentuk gula dan buah tertentu seperti durian juga mengandungi banyak gula,” jelasnya.
Pengambilan buah memang digalakkan untuk kesihatan, tetapi Dr. Azhari menasihatkan pesakit diabetes untuk mengutamakan buah-buahan kurang manis seperti jambu batu atau buah naga.
Dr. Azhari menekankan pentingnya bagi pesakit yang disahkan menghidap diabetes untuk mengawal rapi penyakit tersebut supaya tidak membawa kepada komplikasi lain.
“Pesakit perlu mengawal rapi paras gula darah, tekanan darah dan juga tahap kolesterol melalui pengambilan ubat (atau insulin) dan juga perubahan gaya hidup.
“Bila sudah kena diabetes, pesakit akan hadapi risiko penyakit koronari yang sama tinggi dengan individu yang pernah (sekali) terkena serangan jantung,” tegasnya.
Dr. Azhari menekankan keperluan pesakit diabetes hadir untuk pemeriksaan susulan secara berkala, mengambil ubat mengikut preskripsi doktor dan kerap memeriksa tahap gula darah.
“Ada pesakit yang sudah bertahun-tahun menjalani rawatan dan pemeriksaan susulan tetapi masih tidak tahu atau kurang faham apa penyakit yang dihidapi, mahupun ubat yang sedang diambil. Pemeriksaan darah sepatutnya dimulakan seawal umur 30 tahun dan ditingkatkan menjelang umur 40 tahun,” katanya.
Subscribe to:
Posts (Atom)