Thursday, October 15, 2009
Produk - Makanan Kesihatan - PROPOLIS PLATINUM
Propolis Platinum adalah propolis cecair tanpa kandungan alkohol daripada Brazil yang terkenal sebagai penghasil propolis hijau terbaik yang di dunia. Kualiti propolis bergantung kepada asal negara ia dihasilkan. Perbezaan warna propolis seperti seperti coklat, kuning, hijau dan bermacam-macam lagi melambangkan kualiti masing-masing. Propolis yang terbaik dan paling tinggi kualitinya adalah propolis hijau dari Brazil kerana negara seperti Brazil mempunyai kepelbagaian kehidupan tumbuhan yang kaya di dunia.
Menurut buku dari Dr. Kishita yang bertajuk ‘The Wonder Treatment of Propolis’, beberapa kajian mengenai propolis dari beberapa buah negara membuktikan propolis dari negara Brazil , terutamanya damar dari Eukaliptus sebagai kualiti yang terbaik.
Propolis dikumpul oleh lebah-lebah dari hutan hujan tropika Brazil yang tidak dicemari. Propolis adalah produk damar semulajadi sarang lebah yang dihasilkan oleh lebah bagi melindungi dan mengukuhkan penjagaan sarang lebah dari ancaman jangkitan. Kajian saintifik telah membuktikan bahawa amalan mengambil propolis daapt membantu mengukuhkan sistem imuniti badan dan oleh itu, Propolis Platinum memainkan peranan penting dalam penjagaan kesihatan am kita.
Fungsi Propolis Platinum
Propolis Platinum kaya dengan kandungan bioflavonoid. Bioflavonoid juga menggiatkan sel-sel darah putih dalam membantu meningkatkan sistem imuniti badan. Flavonoid yang terkandung dalam Propolis Platinum adalah sebatian tumbuh-tumbuhan yang mempunyai ciri-ciri anti-kulat, anti-bakteria, anti-virus, anti-oksida dan anti-radang berkualiti tinggi.
Kebaikan Propolis Platinum
Propolis Platinum menggiatkan penghasilan antibodi serta mengukuhkan sistem imuniti badan. Propolis Platinum membantu melegakan sakit tekak. Ia juga bertindak dalam melawan kerosakan gusi dan gigi. Ia boleh membantu menghalang selsema, jangkitan gastrointestinal dan lain-lain lagi kegunaan. Ia juga boleh membantu meringankan masalah pernafasan dan membantu merawat luka-luka ringan apabila disapukan pada luka.
Mohd Ashriee Abdul Razak (019-4725067)
ky7100@yahoo.com
Wednesday, September 2, 2009
Produk - Minuman Kesihatan - K-LIQUID CHLOROPHYLL
Tiga kebaikan K-Liquid Chlorophyll:
Pembersihan - merujuk kepada detoksifikasi dan penghapusann kotoran dalam badan
Pengawalan - mengimbangkan hormon-hormon serta asid dan alkali dalam badan
Penyuburan - membekalkan nutrien untuk kesihatan darah bagi meningkatkan tahap oksigen dan sel darah merah
Apakah Klorofil?
Klorofil merupakan penawar alam semulajadi yang didapati pada pigmen hijau tumbuh-tumbuhan hijau. Dalam proses yang dipanggil “fotosintesis”, klorofil dalam tumbuh-tumbuhan hijau menyerap dan menyimpan tenaga daripada cahaya matahari bersama dengan karbon dioksida di udara, air dan mineral-mineral dari tanah untuk menghasilkan makanan. Tenaga itu diperlukan untuk menukar air dan karbon dioksida menjadi glukosa – sumber utama tenaga untuk semua organisma hidup.
Mengapa Alfalfa?
Alfalfa dipilih kerana ianya mengandungi empat kali ganda lebih klorofil daripada sayur-sayuran lain. Akar-akarnya tumbuh sangat dalam untuk menyerap mineral-mineral seperti kalsium, besi, magnesium dan lain-lain.
Satu sudu besar K-LINK K-Liquid Chlorophyll sama seperti mengambil sayur-sayuran sebanyak 1 kg. Ia adalah sumber nutrien yang penting bagi merangsangkan kesihatan yang baik.
Melawan Radikal Bebas Untuk Mengurangkan Kedutan & Penuaan
Klorofil dalam alfalfa mengandungi agen anti-oksida yang dapat mengurangkan radikal bebas dalam badan kita. Radikal bebas melemahkan badan dan membuat kita senang menjadi sakit. Radikal bebas adalah unsur oksida aktif yang dihasilkan oleh tubuh kita melalui proses metabolisme pemecahan makanan dan oksigen yang menghapuskan protein, lipid dan DNA. Ini akan mengakibatkan sel-sel biasa berubah dan menyebabkan bermacam-macam penyakit kepada tubuh kita. Radikal bebas adalah punca utama kepada penuaan.
Klorofil sangat kaya dengan:
Zink – Gabungan zink bersama vitamin A menggalakkan kesihatan yang baik
Selenium – Melindungi dan memperbaharui sel-sel badan
Vitamin E – Anti-penuaan, menyuburkan kulit dan mengaktifkan otak
Vitamin C – Meningkatkan kecergasan dan memiliki unsur-unsur anti-kanser
Vitamin A – Memperkuatkan fungsi jantung dan penglihatan
Lain-lain nutrien termasuklah protein, biotin, asid folik, asid pantotenik dan mineral-mineral seperti kalsium, kobalt, kromium, fosforus, silikon, potassium, mangan, magnesium, besi dan lain-lain.
Menggalakkan Pertumbuhan Sel-sel dan Meningkatkan Sistem Imuniti
Dr. Richard Wilstatter (1915) dan Dr. Hans Fischer (1930) masing-masing telah menerima Anugerah Nobel dalam Jurusan Perubatan dan KImia kerana menemui struktur molekul sel darah merah manusia dan klorofil. Dari sinilah dapat ditunjukkan bagaimana klorofil menggalakkan pertumbuhan sel-sel dan penghasilan sel-sel membantu dalam membina sistem daya ketahanan.
Ciri-ciri Penghasilan Darah
Penerima-penerima Anugerah Nobel, Dr. Richard Wilstatter dan Dr. Hans Fischer juga telah membuat penemuan bahawa terdapat hanya satu perbezaan ketara di antara sel-sel darah merah dan klorofil iaitu klorofil mempunyai atom magnesium di dalam nukleusnya, manakala sel-sel darah merah mempunyai besi. Dengan itu, klorofil dapat membantu dalam kes-kes anemia dan keadaan kekurangan darah.
Membersihkan Badan daripada Racun Serangga dan Sisa-sisa Toksin Perubatan
Pakar pemakanan Prof. Bernard Jensen menjelaskan bahawa klorofil amat berkesan dalam mengurangkan toksin-toksin dari racun serangga dan sisa-sisa perubatan dengan mencucikannya keluar daripada badan. Beliau juga memerhatikan bahawa orang-orang sihat lazimnya mempunyai lebih tinggi jumlah darah berbanding dengan orang yang sakit. Bagaimanapun, selepas mengambil klorofil dengan banyak, jumlah darah pesakit telah bertambah dan kesihatan juga meningkat.
Mengurangkan Masalah Badan
Seorang saintis bernama Offen Krantz mendapati bahawa kebaikan-kebaikan klorofil dapat menolong pesakit-pesakit ulser perut. Klorofil telah menjadi pelengkap perubatan yang diarahkan oleh para doktor bagi pesakit yang mendapat ulser perut.
Memperbaiki Kulit Bermasalah dan Mencantikkan Kulit
Akhbar “The New England Medical Journal” telah melaporkan yang klorofil menolong dalam mengawal masalah-masalah kulit dan jangkitan dalaman. Akhbar “American Journal of Surgery” telah menyiarkan penemuan dari Temle Universiti mengenai penggunaan klorofil dalam penyembuhan luka-luka pembedahan dan keadaan-keadaan lain yang berkaitan.
Mohd Ashriee Abdul Razak (019-4725067)
Sunday, May 3, 2009
Produk - Produk Kesihatan - Kinotakara
KINOTAKARA merupakan produk kesihatan fisioterapi yang terkini di dunia. Produk ini mencerminkan ketabahan ahli perubatan Jepun dalam usaha mereka mencari rumusan bagi membantu manusia memperolehi gaya hidup yang sihat. KINOTAKARA adalah cara semulajadi untuk memperolehi kesihatan dan dengan itu memberi harapan baru kepada mereka untuk membantu mencegah penyakit dan mengekalkan kesihatan. KINOTAKARA sebaik-baiknya ditampal pada tapak kaki kerana terdapat lebih daripada 360 titik akupuntur pada tubuh badan manusia, dan lebih 60 daripadanya terletak pada tapak kaki. Mengikut teori-teori perubatan Barat dan Timur, tapak kaki mencerminkan kesihatan pelbagai organ-organ penting dan dianggap sebagai “jantung kedua” manusia. Inilah sebabnya ramai daripada kita gemar mengurut kaki untuk melegakan badan dan menggalakkan peredaran darah bagi meningkatkan kesihatan badan.
KINOTAKARA akan menyerap air yang berlebihan dan bahan buangan yang mudarat daripada badan bila ia dilekatkan pada tapak kaki, dan membantu melegakan kesakitan dan bengkak-bengkak. Selepas menggunakan KINOTAKARA selama 6 jam, serbuk dalam KINOTAKARA akan menjadi lembab dan bertukar warna daripada putih ke warna yang lebih gelap. Bahan berwarna gelap ini adalah bahan buangan daripada badan. Warna yang semakin gelap menunjukkan kesihatan badan semakin teruk. Bila bahan-bahan buangan dikeluarkan daripada badan, maka kesakitan dan bengkak-bengkak juga akan hilang. Kesakitan akan berkurangan selepas KINOTAKARA menjadi lebih kering dan lebih pudar warnanya serta kurang basah .
KINOTAKARA menghasilkan ion-ion negatif dan berkesan untuk meneutralkan ion-ion positif. Menampal KINOTAKARA terus pada tapak kaki boleh membawa banyak faedah kesihatan, terutamanya dalam menguatkan saraf-saraf kita. Ia juga dapat melegakan ketegangan dan tekanan otot. Faedah-faedah lain ion negatif adalah termasuk :
1)Menggalakkan metabolisme dan melambatkan proses penuaan
2)Mengaktifkan sel, meningkatkan daya imuniti, melegakan kesakitan dan keletihan
3)Menggalakkan peredaran darah
Mohd Ashriee Abdul Razak (019-4725067)
Thursday, March 5, 2009
Testimoni terbaru Produk IgG Plus
Makcik Noraini Che Din berumur 47 tahun, mengalami sakit saraf tunjang, yang menyebabkan beliau tidak boleh berdiri cuma duduk diatas kerusi roda sahaja. Tetapi dengan pegamalan beliau meminum Susu IgG Plus kesakitan beliau sembuh dan sekarang ini sudah dapat memandu kereta sendiri.
Manakala tok beliau yang bernama Azizah berumur 80 tahun, sakit tua,tak boleh bangun dan duduk cuma baring sahaja, sakit lutut, sendi(bendalir rawan di lutut dah kering). Dengan pengamalan IgG Plus sekarang sudah dapat duduk, gerak-gerakkan kaki dan semakin sihat dan ceria selalu.
Berminat untuk mencuba hubungi ataupun sms saya Mohd Ashriee no hp: 019-4725067
Wednesday, March 4, 2009
Thursday, February 26, 2009
PENTINGNYA PENJAGAAN KESIHATA
IgG Plus terbukti khasiatnya dengan banyak testimoni yang menghadapi permaslahan sakit diabetis.
Sesiapa berminat untuk menjaga kesihatan anda IgG Plus terbukti sila sms no hp: 019-4725067.
Mohd Ashriee Abdul Razak.
www.smart-naco.com/ashriee/
www.kerjasendiri.net
Wednesday, February 25, 2009
TESTIMONI PRODUK SUSU IGGPLUS
Testimoni ini saya ambil dari blog Kak Midah http://hamidah-usahawan-naco.blogspot.com/
Testimoni Pertama
Lebih kurang tiga bulan yang lalu, saya balik kampung (menjenguk orang tua) , biasa lah kalau dah berjumpa, panjanglah cerita. Kakak beritahu saya, kolesterolnya tinggi sangat, doktor beri dia ubat untuk mengurangkan kolesterol dan berdiet. Kena check 3 bulan sekali untuk menentukan tahap kolesterol nya.
Saya pun ambil lah peluang ni untuk memperkenalkan IgG-Plus, mula-mula tu biasalah banyak alasan, mahal lah. dah ada ubat doktor bagilah dan macam-macam lagi. At last termakan jugalah pujukan saya ni. Terus jadi ahli....
Baru-baru ni dia datang kerumah saya, dia bagi tau dia baru jumpa doktor untuk check tahap kolesterolnya. Anda nak tahu apa keputusan nya? Wow sungguh tak sangka, keputusannya Normal! Maknanya tak ada. Menakjubkan! Ini bukan cerita rekaan, Ini adalah kenyataan! Saya sendiri pun terkejut bila dia bagitau saya. Kalau anda tak percaya cuba tanya sendiri kat dia tapi melalui saya la he..he..
Betul tak tipu! Sekarang doktor suruh dia datang untuk check 6 bulan sekali aje.
Ok beri tepukan untuk IgG-Plus yang Luarbiasa!
Testimoni Kedua
Awal bulan yang lalu, saya mendapat jiran baru dari Sungai Petani Kedah. Sembang punya sembang, dia pun ceritalah dia ada penyakit gastrik dan darah tinggi. Asyik berulang ke hospital je, lapar sikit tak boleh, faham-faham aje lah orang sakit gastrik ni. Darah tinggi pun sama juga, kena pantang makan. Saya pun apalagi mula lah promote IgG-Plus, bukan untuk mengena untuk menolong pada yang memerlukan...ok kita sambung cerita lagi..promote punya promote...last dia setuju untuk mencuba...saya bagi dia cuba pack percubaan (5 paket)
Selang beberapa hari saya tanya dia, ada perbezaan tak selepas minum susu IgG-Plus, dia kata, terasa cergas sedikit pada waktu pagi, biasanya dia akan makan tengahari pada pukul 11, kalau tidak perut akan sakit. tapi kali ini, perutnya tak sakit walaupun dah pukul 12 tengahari.
Bandan nya juga terasa ringan, tidak seperti biasa, lemah dan rasa nak tido saja. Dia kata dia akan terus minum IgG-Plus sebab dia dah nampak kesannya walau pun belum habis 5 paket.
Gembiranya saya bila dengar dia cakap macam tu. IgG-Plus tidak menghampakan saya!
Sekali lagi tepukan untuk IgG-Plus Benar-benar Luarbiasa!
Saya rasa itu saja testimoni yang dapat saya kongsikan dengan anda untuk kali ini.
Mohd Ashriee Abdul Razak (019-4725067)
www.smart-naco.com/ashriee/
www.kerjasendiri.net
Tuesday, February 24, 2009
Piramid Makanan
Apakah dia Piramid Makanan?
Satu Carta yang membantu kita untuk merancang pengambilan jenis-jenis makanan dan sukatan makanan yang sesuai untuk kita setiap hari .
Berapakah kumpulan makanan terdapat dalam Piramid Makanan?
Makanan dibahagikan kepada 5 kumpulan utama yang diletakkan pada paras yang berbeza-beza di dalam Piramid Makanan Malaysia:
Paras 1
Nasi, mi, bihun, roti, bijirin dan produk bijirin lain serta ubi-ubian
Paras 2
Buah-buahan dan sayur-sayuran
Paras 3
Ikan, ayam & itik, daging dan kekacang
Susu dan produk tenusu
Paras 4
Lemak, minyak, gula dan garam
Mohd Ashriee Abdul Razak (019-4725067)
www.smart-naco.com/ashriee/
Tuesday, February 17, 2009
Testimoni Produk IgG Plus Bersama Tuan Haji Salleh
Berminat boleh hubungi;
Mohd Ashriee Abdul Razak (019-4725067) ataupun layari
www.smart-naco.com/ashriee/
Friday, January 30, 2009
Stroke
STROKE:Remember the 1st Three Letters....S.T.R.
A neurologist says that if he can get to a stroke victim within 3 hours he can totally reverse the effects of a stroke...totally. He said the trick was getting a stroke recognized, diagnosed, and then getting the patient medically cared for within 3 hours, which is tough.
RECOGNIZING A STROKE
Thank God for the sense to remember the '3' steps, STR . Read and Learn!
Sometimes symptoms of a stroke are difficult to identify. Unfortunately, the lack of awareness spells disaster. The stroke victim may suffer severe brain damage when people nearby fail to recognize the symptoms of a stroke.
Now doctors say a bystander can recognize a stroke by asking three simple questions:
S *Ask the individual to SMILE.
T *Ask the person to TALK and SPEAK A SIMPLE SENTENCE (Coherently)
(i.e. It is sunny out today)
R *Ask him or her to RAISE BOTH ARMS.
If he or she has trouble with ANY ONE of these tasks, call emergency number immediately and describe the symptoms to the dispatcher.
New Sign of a Stroke -------- Stick out Your Tongue
NOTE : Another 'sign' of a stroke is this: Ask the person to 'stick' out his tongue.. If the tongue is 'crooked', if it goes to one side or the other, that is also an indication of a stroke.
Mohd Ashriee Abdul Razak (019-4725067)
Tuesday, January 6, 2009
Organ Penyahtoksikan Badan Yang Utama
Terdapat 5 organ penyahtosikan badan yang utama iaitu:
1)Usus Besar
Berfungsi untuk menyikirkan sisa-sisa buangan daripada badan.
2)Buah Pinggang
Berfungsi menyaring darah, membuang air yang berlebihan dad sisa-sisa buangan dalam bentuk kencing, mengawal penghasilan sel-sel darah merah, memelihara tulang yang sihat mengimbangi bahan-bahan kimia dalam badan serta menyelaraskan tekanan darah.
3)Paru-paru
Berfungsi membekal oksigen segar kepada darah disamping mengeluarkan karbon diosida.
4)Hati
Berfungsi menghasilkan jus hempedu, menolong penghadaman makanan, membekalkan khasiat, menguraikan toksin, menyimpan khasiat-khasiat keperluan fisiologi, memelihara kepekatan darah dan elektrolit.
5)Kulit
Berfungsi memberi perlindungan kepada badan, menyelaraskan susu badan dan mengelurakan toksin melalui perpeluhan.
Mohd Ashriee Abdul Razak (019-4725067)
E-mail: ky7100@yahoo.com
Laman web: www.alivingmydream.com/ashriee/
Saturday, January 3, 2009
Health - Important Tips
Hi all,
Answer the phone by LEFTear
Do not drink coffee TWICEa day
Do not take pills with COOLwater
Do not have ! HUGEmeals after 5pm
Reduce the amount of TEAyou consume
Reduce the amount of OILYfood you consume
Drink more WATERin the morning, less at night
Keep your distance from hand phone CHARGERS
Do not use headphones/earphone for LONGperiod of time
Best sleeping time is from 10pmat night to 6amin the morning
Do not lie down immediately after taking medicinebefore sleeping
When battery is down to the LASTgrid/bar, do not answer the phone as the radiation is 1000 times
Forward this to those whom you CARE about
Mohd Ashriee Abdul Razak (0194725067)
Answer the phone by LEFTear
Do not drink coffee TWICEa day
Do not take pills with COOLwater
Do not have ! HUGEmeals after 5pm
Reduce the amount of TEAyou consume
Reduce the amount of OILYfood you consume
Drink more WATERin the morning, less at night
Keep your distance from hand phone CHARGERS
Do not use headphones/earphone for LONGperiod of time
Best sleeping time is from 10pmat night to 6amin the morning
Do not lie down immediately after taking medicinebefore sleeping
When battery is down to the LASTgrid/bar, do not answer the phone as the radiation is 1000 times
Forward this to those whom you CARE about
Mohd Ashriee Abdul Razak (0194725067)
Subscribe to:
Posts (Atom)